X

Kindly register in order to view this article
!

Kesungguhan, kebanggaan, prestij: Aspirasi Penyenggaraan Cerun 2021

Wakil pihak Pintas Utama Sdn Bhd mengadakan lawatan ke tapak runtuhan cerun di FT002 Seksyen320 Jalan Kuala Lumpur – Kuantan. - 5/1/2021
A
A

Pintas Utama Sdn Bhd, telah mencapai pelbagai kejayaan sejak 27 tahun penubuhannya. Kejayaan ini adalah didorong dengan kekuatan projek-projek Pintas Utama yang berpaksikan kepada penggunaan teknologi terkini yang memberikan impak positif dan berkualiti tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutif Pintas Utama, Dato’ Ir. Marhalim Mohamed berkata, pelbagai kejayaan yang diperoleh sejak penubuhannya membolehkan Pintas Utama yang merupakan syarikat Bumiputera menerima pengiktirafan CIDB Score 5 Bintang daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), barubaru ini.

“Pintas Utama memiliki kepakaran kejuruteraan awam yang membolehkan kerja-kerja pembinaan jalan, cerun dan pembetungan sentiasa memberikan hasil menakjubkan sejajar dengan kemampuannya memanfaatkan perkembangan teknologi terkini,” katanya kepada Sinar Harian.

Selari dengan hasrat Kementerian Kerja Raya (KKR) untuk memperkasakan imej KKR dan membina hubungan yang baik dengan pengguna jalan raya, Pintas Utama telah mengambil langkah-langkah efektif bagi membantu pihak kerajaan menggalakkan pertumbuhan ekonomi melalui sektor pembinaan serta menyediakan satu prasarana yang selamat untuk pengguna jalan raya.

Ini juga selari dengan hasrat Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof pada Majlis Aspirasi KKR 2021 yang mahukan penyenggaraan infrastruktur negara perlu dilaksanakan secara berkualiti pada setiap masa dan pada bila-bila masa.

Untuk itu, dalam tempoh 2018 sehingga Aspirasi Penyenggaraan Cerun 2021 2020, Pintas Utama sudah membaik pulih lebih 700 cerun pelbagai kategori di sepanjang jalan negeri dan jalan persekutuan di Semenanjung Malaysia bagi menjamin keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya.

Pintas Utama berazam mahu memulakan tahun 2021 dengan penuh berwawasan sejajar dengan aspirasi KKR yang sentiasa berkeinginan untuk memberi kebaikan kepada pengguna berlandaskan prinsip “Pride, Passion & Prestige” sempena motto Hari Aspirasi KKR 2021.

Menurut Marhalim, bencana tanah runtuh akibat faktor cuaca tropika Negara dan sikap manusia yang rakus dengan aktiviti pembangunan sehingga menjejaskan kestabilan cerun-cerun sedia ada menjadi antara kekangan besar yang perlu diharungi.

“Apabila soal keselamatan dan keselesaan menjadi asas utama yang ditekankan, sudah pasti kerja-kerja menambah baik dan pencegahan cerun dilaksanakan penuh teliti serta cekap.

“Kami juga menawarkan jaminan kontrak selama dua tahun untuk “Defect Liability Period” dan lima tahun khusus untuk “Design Guarantee Bond” sebagai usaha memperkasa pengurusan kecekapan cerun yang menjadi komitmen utama Pintas Utama,” jelasnya.

Peluang pekerjaan

Penerangan tentang penyelesaian masalah runtuhan di laluan FT218, Seksyen 3.0 Jalan Bentong-Raub (lama) oleh wakil pihak Pintas Utama Sdn Bhd, Dato’ Ir Marhalim Mohamed kepada Yang Berbahagia Menteri Kanan Kementerian Kerja Raya (KKR), Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof
Penerangan tentang penyelesaian masalah runtuhan di laluan FT218, Seksyen 3.0 Jalan Bentong-Raub (lama) oleh wakil pihak Pintas Utama Sdn Bhd, Dato’ Ir Marhalim Mohamed kepada Yang Berbahagia Menteri Kanan Kementerian Kerja Raya (KKR), Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof

Pintas Utama turut menjalinkan kerjasama dinamik dengan Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Mara (UiTM). Kerjasama strategik ini membolehkan Pintas Utama untuk focus kepada bidang Kajian dan Pembangunan (R&D) produk-produk pembinaan terkini yang lebih efektif dan efisien.

“Pada masa sama, pelbagai peluang pekerjaan dapat dibuka kepada lepasan graduan untuk memohon Program Protégé di bawah seliaan Pintas Utama sekali gus mengurangkan kadar pengangguran semasanegara,” katanya.

Pintas Utama juga memanfaatkan trend media sosial masa kini apabila segala perkembangan semasa erkaitan kerja-kerja yang sedang dilaksanakan sentiasa dikemaskini di akaun-akaun media social seperti laman web Pintas Utama, Twitter dan Instagram yang membolehkan pengguna jalan raya merancang perjalanan mereka.

Selain itu, Pintas Utama menggariskan kecekapan tenaga kerja dengan memperkasa pengurusan runtuhan cerun melibatkan kawalan keselamatan tapak dan menyediakan jalan lencongan sementara, berdasarkan kapasiti 250 tenaga kerja teknikal yang akan ditambah mengikut keperluan.

Pintas Utama turut bekerjasama rapat dengan Cawangan Kejuruteraan Cerun JKR dan JKR Daerah untuk memastikan perancangan kerja berjalan lancar termasuk segala maklumat kejadian cerun runtuh dapat dikemaskini serta ditangani dengan segera.

Pintas Utama juga melatih dan melantik lebih 200 syarikat kontraktor G1-G4 Bumiputera untuk bersama-sama membentuk pasukan cerun yang mantap dengan penyediaan bantuan kewangan.

Ia dibuat melalui pembelian bahanbahan binaan dan bantuan kepakaran lain untuk memastikan kerja tapak berjalan lancar dan ekonomi kontraktor-kontraktor bumiputera ini terus berkembang selaras dengan inisiatif kerajaan membangunkan kontraktor kecil.

Secara keseluruhannya ia dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada lebih 2,000 anak tempatan.

Jamin kesejahteraan

Meskipun, Pintas Utama komited terhadap penambahbaikan cerun namun tanggungjawab terhadap alam sekitar tidak dilupakan apabila pihaknya mengamalkan konsep menambah baik teknologi hijau sedia ada.

Kerja-kerja penyelenggaraan yang lebih mesra alam dilakukan selaras dengan kerangka PSO KKR 2021 – 2025 iaitu mempertingkatkan penggunaan teknologi hijau dalam industri pembinaan.

Tahun 2021 terus menjadi tahun yang mencabar namun Pintas Utama optimis dan sentiasa memanifestasikan penyelesaian efektif bagi memastikan kestabilan dan keselamatan cerun di sepanjang jalan persekutuan dan jalan negeri di Semenanjung Malaysia berada pada tahap selamat.

“Pintas Utama sentiasa lebih fokus dan bersiap siaga untuk kekal sebagai peneraju industri kejuruteraan infrastruktur dan pembinaan yang dipercayai serta akan terus menjamin kesejahteraan pengguna berbekalkan semangat dinamis dan tahap integriti yang tinggi supaya pengguna terus percaya serta yakin dengan perkhidmatan kami,” ujarnya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!