Nilai Bitcoin cecah lebih RM200,000

Nilai mata wang kripto itu mencapai paras tertinggi AS$50,547.70 (RM203,707) yang menyaksikan kenaikan 4.4 peratus sejak Isnin.
Nilai mata wang kripto itu mencapai paras tertinggi AS$50,547.70 (RM203,707) yang menyaksikan kenaikan 4.4 peratus sejak Isnin.
A
A
A

LONDON - Nilai mata wang kripto, Bitcoin mencecah lebih AS$50,000 (RM201,500) buat pertama kali pada Selasa selepas melonjak hampir 75 peratus pada tahun ini susulan penggunaan wang digital kini menerima sokongan banyak pihak termasuk Mastercard.

Ia mencapai paras tertinggi AS$50,547.70 (RM203,707) yang menyaksikan kenaikan 4.4 peratus sejak Isnin.

Nilainya bagaimanapun menurun kepada AS$49,505.35 (RM199,506) tidak lama selepas itu.

Pada Disember lalu, nilai mata wang maya itu melepasi AS$20,000 (RM80,600) buat pertama kali dan terus meningkat lebih dua kali ganda dalam tempoh tiga bulan. - AFP

Artikel Berkaitan: