SPRM tahan Timbalan Pengerusi PKR Perak

Penahanan bertujuan membantu siasatan berhubung projek pembangunan di Perak.
Penahanan bertujuan membantu siasatan berhubung projek pembangunan di Perak.
A
A
A

IPOH - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak meminta semua pihak tidak membuat sebarang andaian mengenai Timbalan Pengerusinya, MA Tinagaran yang dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada pagi Selasa.

Pengerusinya, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berkata, beliau telah dimaklumkan mengenai perkara tersebut yang difahamkan bertujuan membantu siasatan suruhanjaya berkenaan.

Menurutnya, semua pihak diminta untuk bertenang berhubung berita yang tersiar mengenai perkara tersebut.

"Kami berharap siasatan dijalankan secara telus dan semoga proses perundangan berjalan secara lancar tanpa sebarang campur tangan.

"Semoga keluarganya bersabar menempuhi dugaan ini di samping sahabat-sahabat dan penyokong setia yang sentiasa memberikan sokongan," katanya dalam satu kenyataan akhbar pada Selasa.

Terdahulu, Malaysiakini melaporkan Ketua Cabang Ipoh Barat itu ditahan SPRM bagi membantu siasatan berhubung projek pembangunan di Perak.

Artikel Berkaitan: