Wan Ahmad Fahysal nafi tolak pelaksanaan pengundi 18 tahun

Wan Ahmad Fahysal
Wan Ahmad Fahysal
A
A
A

SHAH ALAM - Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menafikan bahawa beliau menolak pelaksanaan pendaftaran pengundi berusia 18 tahun seperti dilaporkan media pada Isnin.

Menurutnya, hak mengundi yang diberikan kepada warganegara berusia 18 tahun itu perlu dipenuhi dengan tanggungjawab moral mereka sebagai rakyat apabila mengundi.

"Demokrasi hanya boleh terus berdiri jika rakyat membuat keputusan yang tepat berdasarkan maklumat sahih dan bukannya spekulasi serta ramalan.

"Saya menjelaskan, apa yang saya maksudkan bukanlah seperti itu. Namun, saya memang menyuarakan kebimbangan dan kepercayaan tegas, dengan adanya hak mengundi, ada juga tanggungjawab yang perlu dilunaskan sebagai rakyat," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Ujarnya sebagai seorang pendukung ketetapan itu, beliau pernah membangkitkan perkara itu dalam artikel yang bertajuk 'Undi 18 terajui perubahan politik negara' pada tahun 2019 yang menyentuh kepentingan pendidikan pengundi supaya mereka mampu membuat keputusan yang adil dalam apa juga keadaan.

"Apa yang saya katakan dalam Clubhouse dua hari lalu tidaklah berbeza daripada apa yang nukilkan hampir dua tahun lalu.

"Sebuah negara yang mengamalkan sistem sistem raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen, kita memerlukan program pendidikan pengundi seperti keluhuran Perlembagaan, kedaulatan undang-undang, peranan raja sebagai payung negara, serta fungsi demokrasi untuk mempertahankan negara kita sebagai bangsa yang merdeka serta berdaulat," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan perlu laksana undi 18 tahun PRU15: UMNO

Artikel Berkaitan:

Justeru, beliau berharap isu itu dilaporkan secara adil dan tidak menimbulkan keraguan.

Pada Isnin, The Rakyat Post melaporkan bahawa Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) itu berkata, golongan belia Malaysia belum bersedia untuk mengundi manakala akta yang telah diluluskan pada dua tahun lepas terus terawang awang.