X

Kindly register in order to view this article
!

Belum masanya Klopp undur diri

Klop mengakui masih bertenaga untuk mendepani cabaran bersama Liverpool.
A
A

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp menangkis khabar angin mengatakan dia akan berundur dari Anfield di saat berdepan situasi sukar sama ada dalam padang mahupun luar padang.

Ia susulan prestasi The Reds pada musim ini yang merundum selain tewas pada perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) 3-1 di tangan Leicester Sabtu lalu.

Menurut Klopp, dia tidak akan putus asa dan masih bertenaga untuk mengembalikan prestasi sebenar Liverpool.

“Saya tidak memerlukan rehat. Perkara terakhir akan saya ungkapkan dalam sidang media ialah soal peribadi tetapi semua tahu kami (Liverpool) sedang berdepan situasi sukar tetapi ia diselesaikan dalam suasana kekeluargaan.

“Saya berada dalam arena bola sepak sejak 30 tahun lalu dan sebagai jurulatih selama 20 tahun. Saya boleh mendengar dan menyelesaikan masalah. Jika ditanya tentang soal peribadi saya tidak akan beritahu di khalayak ramai.

“Hanya soal bola sepak sahaja saya akan ulas. Ini tempat kerja saya, jadi saya di sini selaku pengurus pasukan.

“Saya mungkin dilihat kurang baik berbanding sebelum ini. Janggut saya semakin beruban, kurang tidur tetapi tetap bertenaga. Ia ujian buat saya tetapi tetap akan ditempuhi,” katanya.

Kehadiran Klopp ke Anfield telah membawa sinar perubahan kepada The Reds dalam tiga musim terakhirnya dengan membawa Liverpool layak ke final Liga Juara-Juara Eropah yang membawa kepada gelaran juara pada 2019 selain memenangi kejuaraan liga selepas 30 tahun.

Bagaimanapun, pada musim ini prestasi Liverpool menurun secara drastik dengan kekalahan keenam Liga Perdana Inggeris (EPL) menyebabkan turun ke tangga ke enam.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!