Potensi tujuh kawasan majoriti pengundi Melayu

Kerajaan PN masih kukuh walaupun ada dalam kalangan ahli Parlimen ketika ini menarik diri dan tidak lagi memberikan sokongan.
Kerajaan PN masih kukuh walaupun ada dalam kalangan ahli Parlimen ketika ini menarik diri dan tidak lagi memberikan sokongan.
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua penyelidik O2 Research Malaysia, Anis Anwar Suhaimi mendedahkan selain 24 kerusi Parlimen pembangkang yang boleh dirampas Perikatan Nasional (PN) pihaknya turut mengenal pasti tiga kerusi majoriti pengundi Melayu yang ditandingi calon bukan Melayu daripada koalisi BN, namun kalah kepada calon PH pada PRU14.

“Kerusi ini ditandingi oleh calon bukan Melayu daripada MCA dan MIC, namun berpotensi dirampas semula koalisi parti Melayu pada PRU15 menerusi peletakan calon Melayu.

“Tiga kerusi berkenaan ialah Alor Setar (61 peratus Melayu), Wangsa Maju (53 peratus Melayu) dan Simpang Renggam (57 peratus Melayu),” katanya.

Ujarnya, situasi sama turut berlaku di Sarawak apabila sejumlah empat kerusi Parlimen yang dijangka mampu dimenangi semula GPS, dengan syarat peletakan calon bumiputera Sarawak.

“Empat kerusi berkenaan ialah Lubok Antu yang mempunyai 90 peratus bumiputera Sarawak, Saratok (bumiputera Sarawak 39 peratus, Melayu 36 peratus), Julau (94 peratus bumiputera Sarawak) dan Selangkau (95 peratus bumiputera Sarawak),” katanya.

Jelas Anis, koalisi parti Melayu, sekiranya berjaya direalisasikan bagi menghadapi PRU15, turut dijangka memberi manfaat kepada parti komponen BN seperti MCA dan MIC untuk memenangi kerusi-kerusi ditandingi mereka.

Bagaimanapun, MCA dan MIC berkemungkinan berdepan dilema mengekalkan jumlah kerusi ditandingi memandangkan komposisi kerusi kawasan bandar dan separa bandar, turut menjadi rebutan kumpulan bekas Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) diketuai Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang kini menyertai Bersatu.

"Bagi kerusi Parlimen di Sabah pula, disebabkan mereka ada parti kenegerian tersendiri, calon-calon bebas dan jumlah penjuru bertanding agak banyak, pendekatan bagi kerusi di negeri ini dijangka berdasarkan status quo pada PRU14," katanya.

Artikel Berkaitan: