Penerima Prihatin dikecualikan lalui proses permohonan Permai

WEE KA SIONG
WEE KA SIONG
A
A
A

PUTRAJAYA - Pemandu teksi, kereta sewa, bas persiaran, bas sekolah dan e-hailing yang menerima bantuan Prihatin sebelum ini akan dikecualikan daripada melalui proses permohonan bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai).

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Ir Wee Ka Siong berkata, keputusan itu bagi mempercepatkan proses pembayaran bantuan one off RM500 kepada golongan berkenaan.

"Bagi teksi dan kereta sewa, semua pemandu yang menepati syarat kelayakan bantuan Prihatin sebelum ini diberi kelulusan secara automatik tanpa melalui saringan kriteria kelayakan sekali lagi untuk menerima bantuan Permai," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, semua pemandu bas persiaran yang menepati syarat kelayakan bantuan Prihatin sebelum ini tidak perlu disaring untuk caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sekali lagi.