X

Kindly register in order to view this article
!

Kerajaan perlu padam, sekat aplikasi Sugarbook

Ahmad Marzuk menyerahkan bantuan kepada pemandu teksi yang terlibat di Kompleks Purnama pada Sabtu.
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan perlu memadam serta menyekat laman web dan aplikasi Sugarbook daripada digunakan di negara ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, hal ini kerana banyak perkara memudaratkan berlaku dan kerajaan tidak boleh membiarkan ia berleluasa.

Menurutnya, isu Sugarbook sememangnya sudah berada dalam pengetahuan kementerian dan kerajaan tidak boleh mendorong rakyat melakukan perkara yang melanggar hukum serta undang-undang dengan adanya aplikasi terbabit.

"Bagi menyelesaikan masalah yang timbul ini, kerajaan perlu sekat dan hilangkan aplikasi ini daripada digunakan dalam negara," katanya kepada pemberita pada Ahad.

Beliau ditemui sempena pelancaran Kaunter Pandu Lalu, Musaadah Covid-19 Pengkalan Chepa dan penyampaian sumbangan kepada pemandu teksi Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kompleks Purnama di sini.

Marzuk yang juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa berkata, isu yang berkait dengan penggunaan aplikasi Sugarbook dan pelbagai dakwaan ditimbulkan masih dalam siasatan.

"Dakwaan-dakwaan itu masih lagi dalam siasatan sama ada benar ataupun tidak. Siasatan itu bukan bermaksud kita menafikannya.

"Biasalah prosedur sebagai sebuah kerajaan untuk mengambil tindakan seterusnya perlu ada kertas yang betul-betul membuktikan soal perkara tersebut," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Sugarbook’ runtuh moral mahasiswa

Mengulangi kenyataannya, Marzuk berkata, pihaknya memandang serius itu terbabit dan sekiranya benar sebagaimana didakwa kerajaan perlu mengambil tindakan sangat tegas memandangkan perkara itu mendukacitakan.

"Kita serah kepada Kementerian Pengajian Tinggi kerana ia membabitkan penuntut dan juga untuk tindakan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia," katanya.

Katanya, di bawah agensi agama pihaknya akan mengenakan tindakan tegas berdasarkan bidang kuasa yang ada.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!