Bersatu sambut baik penyertaan Gerakan dalam PN

Wan Saiful Wan Jan
Wan Saiful Wan Jan
A
A
A

SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyambut baik penyertaan parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) ke dalam Perikatan Nasional (PN) secara rasmi.

Ketua Penerangannya, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, penyertaan itu dilihat bakal membuka lembaran baharu dalam landskap politik negara.

"Bersatu mengalu-alukan penyertaan Gerakan dalam keluarga besar PN dan dengan keahlian yang berbilang bangsa ia mencerminkan keterbukaan serta komitmen berterusan PN menerajui kepimpinan negara berbilang kaum.

"Semoga penyertaan ini akan meluaskan lagi politik khidmat bakti PN dan memberikan impak yang lebih positif terhadap dasar-dasar PN membela rakyat serta memajukan negara," katanya dalam satu kenyataan akhbar pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN Gerakan sah sertai PN

Artikel Berkaitan: