65 buah produksi terima surat tawaran dana PELAKSANA

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas)
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas)
A
A
A

SHAH ALAM – Sebanyak 65 buah syarikat produksi melibatkan jumlah keseluruhan RM20,985,000 menerima surat tawaran dana di bawah Pelan Langkah Segera Ekonomi Industri Kreatif (PELAKSANA) Fasa Dua pada Khamis.

Unit Komunikasi Korporat Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), menerusi satu kenyataan berkata, penerimaan itu diserahkan dalam satu majlis yang diadakan secara maya oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah.

“Untuk makluman, majlis penyerahan ini adalah lanjutan daripada penyerahan fasa pertama yang telah dilaksanakan pada 24 November lalu melibatkan 39 buah syarikat produksi dan peruntukan sebanyak RM13,381,000,” katanya.

Hadir sama pada majlis penyerahan berkenaan ialah Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Datuk Seri Mohammad Mentek; Pengerusi Finas, Zakaria Abdul Hamid dan Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Ahmad Idham Ahmad Nadzri.

Tambah kenyataan itu, penawaran dana tersebut merupakan inisiatif di bawah Pelaksana yang telah dilancarkan oleh Finas pada 28 Julai lalu bagi memperkasa industri kreatif yang terjejas akibat penularan pandemik Covid-19.

Katanya, ia juga berupaya memperbanyakkan pemilikan Hak Cipta Kandungan dalam kalangan penerbit tempatan bagi penjanaan keuntungan di masa hadapan.

“Inisiatif ini juga menyasarkan untuk menjana semula ekonomi industri kreatif serta mewujudkan peluang pekerjaan melalui kerjasama dengan pihak swasta melibatkan stesen televisyen dan penyiaran tempatan iaitu Astro, Media Prima, TV-Alhijrah dan Sarawak Media Group (SMG),” katanya.

Artikel Berkaitan: