Ujian mekanisme subsidi petrol di beberapa negeri dahulu

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mempertimbangkan untuk mengadakan 'dry run' atau ujian di beberapa negeri sebelum pelaksanaan mekanisme subsidi petrol bersasar sepenuhnya, kata Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

"Bagaimanapun, perancangan untuk mengadakan ujian masih di peringkat idea dan belum dimuktamadkan," katanya dalam sidang media selepas menghadiri perhimpunan bulanan KPDNHEP di sini hari ini.

Belanjawan 2019 memperuntukkan subsidi petrol kepada kereta berkapasiti enjin 1,500cc dan ke bawah atau motosikal berkapasiti enjin 125cc dan ke bawah.

Subsidi itu melibatkan petrol RON95 iaitu sebanyak 30 sen seliter terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta atau 40 liter untuk motosikal.

Pada majlis itu, Saifuddin menyampaikan sijil penghargaan kepada 11 pegawai bahagian penguatkuasaan kementerian itu yang menolak tawaran rasuah ketika menjalankan tugas.

"Ketegasan 11 pegawai berkenaan dalam menolak rasuah menggambarkan nilai integriti yang tinggi,”katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: