Proton X70 mendahului jualan

A
A
A

SELEPAS pelancarannya pada 12 Disember 2018, penyerahan Proton X70 semakin rancak yang mana kini terdapat lebih banyak bilangan unit SUV pertama Proton dapat dilihat berada gah atas jalan raya.

Dengan rekod pendaftaran SUV yang paling banyak di pasaran Malaysia pada bulan ia dilancarkan, rekod tersebut berterusan sehingga ke tahun baharu dengan 2,777 unit telah didaftarkan pada Januari 2019.

Jumlah tersebut bermakna Proton X70 telah mencatat rekod baharu sebagai SUV segmen C paling banyak didaftarkan dalam tempoh sebulan.

Jumlah besar yang didaftarkan bagi SUV tersebut adalah penting bagi Proton yang mempamerkan angka pertumbuhan jualan yang mengagumkan.