Sektor perkhidmatan kewangan sumbang RM24.85b

Nordin (dua, kanan) dan Kamari Zaman (tengah) mendengar penerangan mengenai perkhidmatan CBP.
Nordin (dua, kanan) dan Kamari Zaman (tengah) mendengar penerangan mengenai perkhidmatan CBP.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sektor perkhidmatan kewangan telah menyumbang kepada perolehan negara sebanyak RM24.85 bilion sehingga 31 September tahun lalu.

Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Datuk Nordin Salleh berkata, Bank Rakyat dan Koperasi Co-opbank Pertama Malaysia Berhad (CBP) merupakan dua bank koperasi penyumbang utama kepada perolehan sektor perkhidmatan kewangan koperasi iaitu sebanyak 85 peratus atau RM16.83 bilion.

"Ini satu angka yang boleh dibanggakan dan menunjukkan dua bank ini penyumbang yang signifikan kepada sektor perkhidmatan kewangan.

"Bagi tahun 2019، kita sasarkan perolehan bagi sektor perkhidmatan kewangan disasarkan sebanyak RM38 bilion," katanya dalam sidang media selepas kunjungan ke cawangan CBP Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi CBP, Kamari Zaman Juhari dan Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Mohd Nor Abd Razak.

Dalam pada itu katanya, beliau berpuas hati dengan prestasi perniagaan telah dicapai CBP.

"Saya berharap supaya prestasi positif yang telah ditunjukkan CBP ini dapat menjadi inspirasi dan pemangkin kepada koperasi lain bagi meningkatkan pencapaian mereka," katanya.

Sementara itu, Kamari Zaman berkata, prestasi perniagaan CBP telah menunjukkan peningkatan dengan keuntungan setiap tahun meningkat dengan kadar purata tiga tahun melebihi 45 peratus.

Artikel Berkaitan:

"Bagi tahun kewangan 2018, keuntungan sebelum zakat telah meningkat sebanyak RM12.6 juta (32 peratus) kepada RM52.32 juta (belum diaudit).

"Manakala dari segi pertumbuhan aset meningkat kepada RM3.61 juta pada 2018 berbanding RM3.16 juta pada 2017," katanya.

Menurut beliau, kejayaan prestasi CBP telah berjaya menarik perhatian pelabur-pelabur baru dan meningkatkan jumlah anggota.

"Pada 2018, terdapat penambahan anggota kepada 6,000 individu dan lebih 80 anggota koperasi baharu. Ini menjadikan jumlah anggota individu pada 2018 meningkat kepada 84، 357 orang, manakala ahli koperasi meningkat kepada 684," katanya.

Selain itu katanya, pihaknya juga mensasarkan pertambahan jumlah dividen daripada 8.5 peratus yang dicapai tahun lalu.

Beliau berkata, CBP juga akan memperkenalkan lima produk baharu pada 2019 antaranya ejen perbankan، bank bergerak dan kredit berputar.