Manchester United perlu tampil lebih garang

Jaringan tunggal McTominay membawa United ke suku akhir Piala FA
Jaringan tunggal McTominay membawa United ke suku akhir Piala FA
A
A
A

BIARPUN Manchester United berjaya mara ke saingan suku akhir Piala FA apabila menewaskan West Ham 1-0 di Old Trafford pada awal pagi Rabu, kesebelasan pemain diingatkan untuk tampil lebih ‘garang’ selepas ini.

Perkara itu ditegaskan pengendali United, Ole Gunnar Solskjaer setelah menyaksikan skuad kendaliannya itu berhempas pulas hingga diherat ke masa tambahan.untuk menembusi gawang The Hammers.

“Pada mulanya saya fikir kami menguasai perlawanan pada separuh masa pertama dan pada separuh masa kedua, tetapi apabila kami hanya mampu menang 1-0 ia ternyata sesuatu yang merugikan.

“Kita juga telah melakukan 15 hingga 17 percubaan ke pintu gol lawan dalam usaha menamatkan perlawanan ini dalam tempoh 90 minit, namun kesemua usaha berkenaan gagal disempurnakan.

“Bagaimanapun, kami berjaya memenangi perlawanan dan mara ke suku akhir dan itulah yang kami mahukan iaitu semakin hampir untuk ke final Piala FA musim ini,” katanya.

Pada perlawanan berkenaan, Scott McTominay muncul wira The Red Devils apabila menjaringkan gol pada minit ke-97 dan sekali gus mengesahkan kemaraan ke suku akhir Piala FA musim ini.

Sementara itu Solskjaer berkata, kemenangan berkenaan sememangnya diperlukan oleh United dalam usaha menyemarakkan semangat pemain setelah terikat 3-3 ketika berdepan Everton.

“Kami sememangnya memerlukan keputusan yang baik kerana kami masih kecewa dengan keputusan seri ketika berdepan Everton.

Artikel Berkaitan:

“Biarpun agak sukar, tetapi pemain telah memberikan fokus untuk memenangi perlawanan ini dan kami mahu terus memberikan cabaran sehinggalah ke aksi final nanti,” katanya.