X

Kindly register in order to view this article
!

Tiga hari atau 10?

A
A

AWANG faham mengapa netizen marah sangat dengan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Dua hari lepas dia keluarkan kenyataan bahawa untuk menteri yang kembali dari luar negara hanya perlu jalani pemerhatian selama tiga hari.

Selama ini waktu kuarantin ialah 14 hari dan kemudiannya jadi 10 hari. Tiba-tiba ada ‘pengecualian khas’ untuk menteri.

Seolah-olah ada dua peraturan di negara ini – satu untuk menteri, satu lagi untuk rakyat biasa.

Setahu Awang, Covid-19 tak kenal menteri atau rakyat. Tak kenal yang berdarjat atau yang tidak.

Jikalau betul hanya perlu tiga hari, samakan dengan rakyat. Tapi betulkah cukup tiga hari bukan 10 seperti sepatutnya?

Sekarang kerajaan nampaknya makin bertegas bagi mereka yang langgar PKP. Dengarnya pesalah PKP tak dikompaun lagi sebaliknya terus dibawa ke mahkamah.

Memang nampaknya kerajaan Abah guna rotan bagi pastikan semua ikut PKP.

Rakyat bertanya juga selama ini rakyat yang didapati melanggar PKP memang disaman dan didakwa.

Ada yang anggap hukuman tak setimpal dengan kesalahan. Ada pula menteri dan keluarga mereka yang terang-terang langgar PKP tapi dapat hukuman ringan.

Awang nak ingatkan kerajaan buat masa ini banyak rakyat kita yang nak makan pun susah. Ada yang makan sehari sekali.

Banyak yang hilang kerja. Nak bayar saman lebih besar nak cari duit dari mana? Nampaknya bukan sahaja pusat kuarantin penuh, tapi penjara pun akan penuh.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!