Polis kesan dua orang hilang

Chaudhary Prem Kumar, Nurina Nadhirah Yasri Anuar
Chaudhary Prem Kumar, Nurina Nadhirah Yasri Anuar
A
A
A

GOMBAK - Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang lelaki dan wanita yang dilaporkan hilang sejak tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, lelaki warga Nepal dikenali sebagai Chaudhary Prem Kumar, 25 dilaporkan hilang pada 2 Ogos lalu manakala wanita warga tempatan, Nurina Nadhirah Yasri Anuar, 19, dilaporkan hilang pada 1 Oktober lalu.

"Alamat terakhir Chaudhary ialah di Perhentian Bas Warta Lama Sri Selayang Batu Caves dan Nurina Nadhirah pula di Bandar Tasik Puteri Rawang," katanya melalui kenyataan pada Selasa.

Arifai berkata, orang ramai yang pernah terlihat atau mempunyai maklumat mengenai Chaudhary boleh berhubung dengan pegawai penyiasat Sarjan Zulbahrin Md Lasim di talian 0123854452.

"Sementara maklumat mengenai Nurina Nadhirah pula boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat Sarjan Majer Wan Azhar Wan Ariffin di talian 0199997233 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222," katanya.

Artikel Berkaitan: