X

Kindly register in order to view this article
!

Sheng Tai International harungi cabaran Covid-19

Sheng Tai International adaptasi kaedah kreatif dan strategik untuk kukuhkan perniagaan norma baharu. (Gambar kecil: Leong Sir Ley)
A
A

KUALA LUMPUR - Ketika pandemik global yang sedang melanda ini, pemaju yang telah memenangi banyak anugerah dan mempunyai cawangan merentasi Asia, Sheng Tai International terus berkembang dan mengadaptasi kepada norma baharu.

Sheng Tai International mempelbagai dan melebarkan perniagaannya untuk meliputi bidang fesyen, makanan, jualan barangan mewah dan pendidikan.

Baru-baru ini Sinar Harian sempat bertemu dengan pengasas dan Pengerusi Sheng Tai International, Datuk Leong Sir Ley untuk berbicara tentang kaedah-kaedah yang diambil oleh Sheng Tai International ketika pandemik Covid-19 dan rancangan mereka untuk masa depan.

SINAR HARIAN: Malaysia telahpun melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lepas dan kini telah melalui berminggu-minggu PKP kedua serta dalam pelaksanaan darurat. Bolehkan anda jelaskan bagaimana anda menangani tempoh yang mencabar ini?

LEONG SIR LEY: Sebelum ini, ia adalah amalan kami untuk menjemput pelabur-pelabur ke Malaysia untuk melawat pembangunan projek kami untuk mendapatkan pengalaman kendiri.

Walaubagaimanapun, dengan penguatkuasaan PKP dan pengisytiharan darurat, kami terpaksa memikirkan kaedah kreatif untuk menawarkan produk-produk kami dan mengetengahkan faedah-faedahnya. Adalah penting untuk mengambil kira ucapan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila beliau menyatakan bahawa Malaysia masih dibuka untuk tujuan perniagaan tidak kira ketika darurat mahupun PKP.

Di sinilah Pusat Sehenti Sheng Tai International (OSC) memainkan peranannya. OSC ini berperanan untuk bertindak sebagai sebuah pusat maklumat komprehensif. OSC direka bentuk untuk tujuan mempromosikan Malaysia serta membantu pelabur-pelabur antarabangsa kami dalam urusan pembelian hartanah dan proses untuk menetap di Malaysia. Secara kesimpulannya, OSC ini adalah penyedia penyelesaian sehenti.

Perkhidmatan OSC turut merangkumi prosedur bidang perundangan dan imigresen sehinggalah kepada pendidikan dan bidang penjagaan kesihatan. Kadang-kala, ia juga meliputi tawaran peluang-peluang perniagaan. Kami telah mendapat respons dan reaksi yang baik bukan sahaja daripada pelanggan-palanggan kami tetapi juga daripada pelabur-pelabur dan juga rakan niaga kami.

Regalia Beachfront Residence.
Regalia Beachfront Residence.

Kami juga telah berkerjasama secara strategik dengan jenama bereputasi baik antaranya dalam bidang pendidikan, penjagaan selepas bersalin, persaraan, kafe gaya hidup antararabangsa dan ruang kerja bersama (Co-Working Space).

Kami juga telah menceburi bidang perniagaan makanan dan minuman serta bidang fesyen selepas kami menandatangani perjanjian dengan FashionTV yang merupakan platform penyiaran utama taraf dunia untuk fesyen dan gaya hidup mengikut trend semasa, untuk menjadi pemegang francais utama saluran itu bagi F Café di Malaysia serta menubuhkan Akademi FashionTV pertama di Asia Tenggara.

Kami juga akan membuka butik Memorigin pertama di The Sail Melaka yang akan membawa kami lebih dekat ke arah untuk melengkapkan visi kami untuk The Sail Melaka dan kedudukannya sebagai 'Melaka Central Business District' serta bangunan ikonik global.

Apakah inisiatif akan datang yang akan dilaksanakan Sheng Tai International, terutamanya berkaitan dengan peningkatan permintaan terhadap perkhidmatan dan produk anda?

LEONG SIR LEY: Kami akan terus membentuk kerjasama strategik dengan jenama antarabangsa dan tempatan untuk merangsang sektor pelancongan, sukan dan ekonomi dalam usaha kami untuk menceburi wilayah yang belum dicarta.

Ames Hotel Melaka.
Ames Hotel Melaka.

Kami mengharapkan melalui kerjasama ini, kami akan dapat memberikan perkhidmatan penyelesaian yang lebih komprehensif kepada pembeli-pembeli asing, mewujudkan peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia, dan mencergaskan semula lanskap ekonomi Malaysia, terutamanya Melaka.

Seterusnya, kebanyakan pembangunan anda adalah di Melaka. Mengapa anda memilih Melaka untuk menjadi 'home state' anda?

LEONG SIR LEY: Kami melihat potensi yang besar untuk penambahan nilai modal di Melaka. Tambahan pula, negeri pesisir pantai Melaka adalah tempat yang menarik memandangkan Selat Melaka telahpun menjadi bahagian yang penting kepada Laluan Sutera Maritim pada zaman dahulu, yang menghubungkan Timur dan Barat.

Melaka juga mampu mengekalkan kebanyakan tempat-tempat bersejarahnya. Pasukan kami boleh berkongsi sejarah, asal-usul ataupun kisah-kisah dengan pelabur dari luar negara dengan mudah melalui usul jualan unik ini.

Pelabur tempatan turut akan tertarik dengan sentimen ‘bandar kecil’ yang Melaka tawarkan. Berikutan norma baru yang diamalkan dalam dunia pasca Covid ini, orang ramai tidak perlu lagi berulang-alik ke pejabat. Oleh itu, kepada penduduk tempatan tinggal di pinggir bandar yang senyap, Melaka yang mempunyai dara tarikannya yang tersendiri hanyalah jarak dua jam dari Kuala Lumpur.

The Sail Melaka.
The Sail Melaka.

Selain daripada pendekatan unik anda untuk menjual hartanah, apakah lagi pencapaian anda yang kiranya telah memecahkan rekod?

LEONG SIR LEY: Seperti yang dinyatakan tadi, salah satu daripada projek revolusi kami adalah The Sail Melaka, yang kini merupakan projek pembangunan campuran terbesar di Melaka.

Secara rasminya, kami telahpun memulakan kerja-kerja pembinaan pada Disember 2019. Biarpun pandemik ini memperlahankan proses pembangunan The Sail Melaka, kami yakin projek ini akan menarik perhatian orang ramai dari seluruh dunia ke dalam komuniti yang sibuk ini.

Ini akan menaikkan status Malaysia sebagai tumpuan utama Asia Tenggara dan dunia, terutamanya di sepanjang laluan inisiatif One Belt One Road.

Dengan pandemik semasa ini, apakah pandangan anda terhadap sektor hartanah Malaysia dalam beberapa tahun akan datang?

LEONG SIR LEY: Masa depan hartanah akan terus mencabar dalam jangka masa yang pendek. Kami yakin bahawa sektor ini akan pulih secara perlahan-lahan. Masih terdapat pembeli oportunis yang berminat untuk membeli. Walaubagaimanapun, permintaan untuk pembangunan yang berkualiti dan inovatif kekal tinggi, terutamanya di Melaka.

Tidak dinafikan bahawa pandemik ini telah menyebabkan trend hartanah berubah. Pembeli rumah lebih terbuka kepada hartanah yang terletak di kawasan separa-urban, di mana populasinya tidak begitu padat.

Apabila situasi pandemik bertambah baik, kami berharap dapat memperbaharui semula sektor hartanah sedikit demi sedikit terutama apabila pembeli baru memasuki dan menerokai lokasi selain daripada bandar-bandar besar. Melaka juga boleh muncul sebagai satu daripada lokasi ideal untuk golongan yang mencari rumah.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!