PIBGN syor garis panduan pembelian gajet

Tengku Nur Alia sedang mengikuti pembelajaran PdPR di Dewan PAWE, Balik Pulau pada Jumaat. Gambar kecil: Mohamad Ali Hasan
Tengku Nur Alia sedang mengikuti pembelajaran PdPR di Dewan PAWE, Balik Pulau pada Jumaat. Gambar kecil: Mohamad Ali Hasan
A
A
A

SHAH ALAM - [LAPORAN KHAS] Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) mencadangkan kerajaan mengeluarkan garis panduan pembelian gajet bagi menangani keluhan ibu bapa berhubung isu kenaikan harga peranti asas seperti komputer, komputer riba dan tablet.

Presidennya, Profesor Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan berkata, pandemik Covid-19 yang menyaksikan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) menjadikan peranti atau gajet asas seperti komputer satu keperluan penting dalam setiap isi rumah.

“Garis panduan pembelian gajet ini antaranya meliputi jenis dan kapasiti peranti yang patut diperoleh para pelajar di peringkat menengah dan rendah.

“Kedua, perlu dinyatakan julat harga peranti asas seperti komputer agar tidak berlaku penipuan sekali gus memastikan adanya kawalan harga.

“Seterusnya boleh disenaraikan peranti atau aksesori tambahan yang diperlukan untuk sesi PdPR,” katanya kepada Sinar Harian.

Tambahnya, kerajaan juga boleh menyediakan garis panduan melibatkan peranti terpakai bagi memastikan kondisinya sesuai untuk kegunaan pelajar.

Artikel Berkaitan: