Pasar raya kotor, dinding diselaputi lemak diarah tutup

Pihak DBKL serta pegawai kesihatan memeriksa premis pasar raya yang tidak mematuhi kehendak kesihatan yang ditetapkan di Jalan Hang Lekiu, Kuala Lumpur pada Isnin. Gambar kanan: Urungan lipas yang banyak di setiap bahagian premis pasar raya terbabit.
Pihak DBKL serta pegawai kesihatan memeriksa premis pasar raya yang tidak mematuhi kehendak kesihatan yang ditetapkan di Jalan Hang Lekiu, Kuala Lumpur pada Isnin. Gambar kanan: Urungan lipas yang banyak di setiap bahagian premis pasar raya terbabit.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kotor dan meloyakan. Itu gambaran sebuah pasar raya yang menjual daging, ikan, sayur dan lain-lain barangan basah yang terletak di Jalan Hang Lekiu di sini.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi Bahagian Kesihatan Persekitaran, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar membuat pemeriksaan di pasar raya berkenaan pada Isnin dan mendapati premis itu gagal mematuhi semua kehendak kesihatan yang ditetapkan.

Unit Media DBKL dalam satu kenyataan memaklumkan serbuan bersama lima orang pegawai kesihatan mendapati premis tersebut berada dalam keadaan kotor termasuk lantai dinding keseluruhan kawasan penyediaan makanan berdaki hitam dan berminyak serta diselaputi lemak.

Menurut kenyataan itu, premis itu juga tidak mempunyai perangkap minyak yang mana semua air cucian termasuk sisa dan darah daripada aktiviti memotong dialirkan masuk ke dalam longkang awam.

“Pemeriksaan juga mendapati terdapat urungan lipas yang banyak di setiap bahagian premis termasuk pada perkakasan, peralatan dan ia tidak dijaga bersih, tidak diselenggara dengan baik serta dalam keadaan kotor berdaki.

“Selain itu, pekerja di premis itu juga tidak mendapat suntikan tifoid,” kata kenyataan tersebut pada Isnin.

Sehubungan itu, katanya, pihak DBKL telah mengeluarkan notis Perintah Penutupan di bawah UUK 28(1) Pelesenan Petempatan Makanan WPKL 2016 yang mula berkuat kuasa pada Selasa.

Artikel Berkaitan: