Wanita UMNO desak rampas buku Tommy Thomas

Noraini Ahmad
Noraini Ahmad
A
A
A

SHAH ALAM - Wanita UMNO mendesak pihak berkuasa agar mengambil tindakan tegas terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas serta merampas buku penulisannya yang bertajuk ‘My Story: Justice In The Wilderness’.

Ketuanya, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, buku berkenaan dilihat boleh menimbulkan permusuhan antara masyarakat berbilang kaum.

Sehubungan itu, beliau berkata, Wanita UMNO Bahagian seluruh negara telah membuat laporan polis dan berharap pihak berwajib dapat mengambil tindakan segera terhadap perkara tersebut.

“Wanita UMNO sendiri telah meneliti kandungan buku tersebut dan ternyata ia mengandungi petikan-petikan yang berbaur hasutan dan boleh membawa kepada suatu kesalahan di bawah Seksyen 3 dan Seksyen 4 Akta Hasutan 1948.

“Tindakan Tommy menerbitkan buku ini sekali gus memalukan, malah menghina sistem perundangan negara.

“Sebagai seorang pengamal undang-undang yang pernah menjawat jawatan Peguam Negara, seharusnya beliau sedar akan akta kerahsiaan dan sumpah janji yang telah dibuat," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Terdahulu, Tommy yang menjadi Peguam Negara bermula Jun 2018 sehingga Februari tahun lalu mencetuskan kontroversi apabila ada pihak mendakwa bukunya itu mengandungi pelbagai fakta tidak betul, menghina serta memfitnah pelbagai pihak.

Artikel Berkaitan: