Enam pemancing dikhuatiri hilang

No Image Caption
A
A
A

NIBONG TEBAL - Enam pemancing dikhuatiri hilang selepas keluar memancing dari Jeti Tanjung Berembang, di sini, sejak pagi semalam.

Pengarah Maritim Pulau Pinang, Kapten Maritim Hamizan Harun berkata, kesemua mereka keluar menggunakan sebuah bot fiber berjalur merah, biru dan hitam pada kira-kira jam 8 pagi.

Menurutnya,bot berkenaan dikendalikan seorang lelaki yang dikenali Khairul Anwar bersama lima lagi pemancing warga tempatan.

"Abang kepada salah seorang pemancing membuat laporan polis selepas adiknya tidak pulang dan gagal dihubungi," katanya ketika dihubungi di sini.

Hamizan berkata, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Langkawi telah mengaktifkan operasi carilamat (SAR) sejurus aduan diterima awal pagi tadi.

Artikel Berkaitan: