[WAWANCARA] Ketua gagal punca orang bawah rasuah

Wan Mahmood
Wan Mahmood
A
A
A

MASALAH rasuah yang berlaku dalam sektor awam berpunca daripada kesilapan dan kegagalan ketua untuk memimpin kakitangan.

Bagi Presiden Persatuan Pesara Malaysia, Tan Sri Wan Mahmood Pawan Teh, jika ketua memimpin dengan baik, masalah rasuah tidak akan berlaku.

“Ketika saya bekerja di Kementerian Penerangan, saya sering mengatakan mengenai satu pepatah Inggeris iaitu “There is no bad soldier” atau tidak ada askar yang jahat dan tidak bagus.

“Tetapi ‘jeneral’ yang tak bagus ada,” kata beliau dalam wawancara bersama Sinar Ahad baru-baru ini.