TMJ berkenan beri sumbangan kepada usaha Ebit Lew
JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan memberikan sumbangan kepada usaha kebajikan pendakwah Ebit Lew, supaya dapat membantu lebih ramai rakyat yang memerlukan.
Menerusi hantaran berserta gambar yang dimuat naik dalam laman Facebook baginda HRH Crown Prince of Johor, Tunku Ismail berkenan menerima menghadap pendakwah berkenaan hari ini.
“Sejak kebelakangan ini, beliau sering menolong rakyat terutamanya golongan asnaf dan daif yang memerlukan bantuan dengan sumbangan dan usaha-usaha kebajikan. Antara aktiviti-aktiviti sumbangan yang paling saya kagumi adalah usaha beliau dalam membantu rakyat dengan peralatan perubatan, bekalan makanan dan barang keperluan asas.
“Saya juga telah memberi sumbangan kepada usaha kebajikan Ustaz Ebit Lew, agar beliau dapat membantu lebih ramai lagi rakyat yang memerlukannya,” menurut Tunku Ismail menerusi hantaran berkenaan.
Tunku Ismail turut berharap, Ebit Lew selalu dirahmati dan diberkati Allah. - Bernama
Saya menerima mengadap Ustaz Ebit Lew pada hari ini. Sejak kebelakangan ini, beliau sering menolong rakyat terutamanya...
Posted by HRH Crown Prince of Johor on Friday, February 5, 2021
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Penggunaan Akaun Fleksibel KWSP perlu imbangi kesan jangka panjang
PLUS rangkul Anugerah Loji Rawatan Kumbahan Terbaik
Pelantikan Ahli Lembaga baharu DNB kemajuan penting penstrukturan semula 5G
Lebih baik bincang isu kekejaman Israel - Mat Sabu
[VIDEO] Anak bongsu Noor Rahiza tidak henti-henti panggil 'mama'
Pelik orang Malaysia tidak pandai berbahasa Melayu
KWSP perkenal Akaun Fleksibel, keluar simpanan bila-bila masa
Peniaga maut dibunuh sekumpulan lelaki berparang