Ujian Covid-19 guna air liur

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - MY EG Services Bhd (MYEG) akan memperkenalkan perkhidmatan ujian Covid-19 dengan menggunakan air liur di Filipina bulan ini bagi membantu negara itu memerangi pandemik Covid-19 yang sedang berlaku pada ketika ini.

Perkhidmatan ujian itu merupakan kaedah ujian yang selamat dan tidak invasif yang dapat mempercepatkan dan meningkatkan saringan, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Sebagai pengedar eksklusif kit, MYEG akan memulakan perkhidmatan yang pertama seumpamanya di pasaran Filipina -- tersedia melalui usahasama, I-Pay MYEG Philippines Inc bekerjasama dengan IP Biotech Inc, pengimport vaksin berlesen, dan alat perubatan di dalam negara dan Family Vaccine and Special Clinic Inc, salah satu rangkaian klinik vaksinasi terbesar di negara ini yang memberikan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti kepada warga Filipina.

MYEG berkata, kit diagnostik itu membolehkan pengumpulan sampel air liur di lokasi di rumah atau di tempat kerja oleh profesional perubatan berlesen, selepas itu sampel kemudian dihantar ke makmal rakan kongsi untuk diproses, dengan keputusan ujian dihantar dalam tempoh satu hingga dua hari bekerja.

“Kit menggunakan air liur ini, yang telah mendapat kelulusan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Filipina dan turut diluluskan di Singapura dan Indonesia, dapat mengesan tanda-tanda baharu varian Covid-19 yang telah dilaporkan di United Kingdom, Afrika Selatan, dan Brazil,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: