X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 17 Oktober 2021

Gangguan lucah PdPR: Polis terima laporan dibuat guru

Siti Kamsiah
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menerima satu laporan dibuat seorang guru yang menerima gangguan lucah pelajarnya semasa Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), baru-baru ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, laporan itu dibuat guru terbabit di Shah Alam, Selangor pada Rabu.

"Polis dengan bantuan syarikat telco sedang menyiasat untuk mengenal pasti siapa pengirim tersebut kerana hanya ada paparan nombor telefon sahaja tanpa identiti.

"Seksyen 292 Kanun Keseksaan, Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Terdahulu sebuah portal tempatan melaporkan sesi PdPR sebuah kelas dalam talian pada Rabu terganggu apabila seorang murid didakwa telah memaparkan video lucah ketika sesi berkenaan berlangsung di Google Meet.

Hanya mahu dikenali sebagai Cikgu N, dia berkata tindakan di luar jangkaan itu memaksa beliau terus menghentikan sesi PdPR serta-merta, sekali gus mengganggu proses pembelajaran murid-murid lain.

Susulan itu, Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru) mengecam tindakan pelajar yang memaparkan video lucah ketika pelaksanaan PdPR.

Presidennya, Mohd Azizee Hasan berkata, tindakan pelajar berkenaan adalah satu bentuk gangguan emosi dan mental kepada para guru.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!