X

Kindly register in order to view this article
!

iGuru kecam tindakan pelajar kongsi video lucah ketika PdPR

Gambar kecil: Mohd Azizee Hasan
A
A

SEREMBAN - Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru) mengecam tindakan pelajar yang memaparkan video lucah ketika pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) seperti dilaporkan sebuah portal pada Rabu.

Presidennya, Mohd Azizee Hasan berkata, tindakan pelajar berkenaan adalah satu bentuk gangguan emosi dan mental kepada para guru.

"Tindakan pelajar berkongsi video lucah ketika guru melaksanakan PdPR adalah biadap dan tidak berakhlak.

"Bagi iGuru tindakan pelajar berkenaan tidak menghormati guru dan menjaga adab menuntut ilmu serta memalukan," katanya dalam kenyataan kepada Sinar Harian pada Khamis.

Menurutnya, menjadi peranan ibu bapa untuk memantau proses PdPR anak-anak di rumah supaya mereka memberikan tumpuan sepenuhnya sekali gus mengelakkan mereka melakukan aktiviti tidak sepatutnya.

Selain itu katanya, guru-guru juga perlu merancang dengan baik persediaan PdPR supaya ia berjalan dengan baik dan sistematik serta berobjektif.

Terdahulu portal Malaysiakini melaporkan sesi PdPR sebuah kelas dalam talian pada Rabu terganggu apabila seorang murid didakwa telah memaparkan video lucah ketika sesi berkenaan berlangsung di Google Meet.

Hanya mahu dikenali sebagai Cikgu N, beliau berkata tindakan di luar jangkaan itu memaksa beliau terus menghentikan sesi PdPR serta-merta, sekali gus mengganggu proses pembelajaran murid-murid lain


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!