Tommy Thomas melanggar sumpah rahsia, kata Rais

Tan Sri Dr Rais Yatim
Tan Sri Dr Rais Yatim
A
A
A

SHAH ALAM - Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim menyifatkan pendedahan yang dikeluarkan oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas melalui bukunya yang berjudul ‘My Story: Justice in the Wilderness’ telah melanggar sumpah rahsia sebagai bekas Peguam Negara.

Menerusi ciapan di Twitter beliau pada Selasa, Rais memberitahu bahawa Tommy seharusnya memegang teguh kepada sumpah setia jawatan serta sumpah simpan rahsia ketika dilantik sebagai Peguam Negara.

“Tommy mengangkat sumpah rahsia dan sumpah setia jawatan sebagai bekas Peguam Negara.

“Di sebalik pendedahan yang dilakukan melalui bukunya, beliau nampaknya telah melangkaui prinsip nama baik dan makna kedua-dua sumpah tersebut,” katanya.

Terdahulu, Tommy mendedahkan dalam buku memoirnya beberapa perkara ketika beliau menjadi Peguam Negara.

Antara pendedahannya adalah mendakwa bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad campur tangan dan berkeras ingin menjadi Perdana Menteri sementara selepas Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah mencadangkan Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyandang jawatan itu.

Selain itu, Tommy turut mendakwa Dr Mahathir sebagai punca kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tommy Thomas dakwa Dr Mahathir tak setuju Wan Azizah jadi PM

JALSOA kecam Tommy Thomas

Najib tuntut RM10 juta dan permohonan maaf daripada Tommy

Artikel Berkaitan: