Wanita rebus, makan kucing untuk ubati asma

Gambar hiasan - Foto CNN Indonesia
Gambar hiasan - Foto CNN Indonesia
A
A
A

JAKARTA - Seorang wanita ditangkap penduduk setelah memukul kucing bahkan merancang untuk merebus haiwan itu di Kalideres, Jakarta Barat, Indonesia.

Berdasarkan laporan CNN Indonesia, Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Kalideres, AKP Anggoro, mengatakan kejadian itu berlaku pada Sabtu lalu sebelum rakaman video kejadian tersebut tular di laman sosial.

Berhubung kejadian itu, Anggoro menjelaskan pihak polis telah mendapatkan maklumat lebih terperinci daripada wanita berkenaan.

"Difahamkan, wanita itu melakukan sedemikian kerana mempercayai kucing dapat mengubati penyakitnya.

"Wanita itu merebus dan makan kucing untuk ubati penyakit asma," katanya yang memaklumkan bahawa kucing itu milik seorang penduduk.

Anggoro bagaimanapun berkata, insiden itu diselesaikan secara muafakat dan dipersetujui oleh pemilik kucing.

"Pemilik bersetuju kes ini diselesaikan secara baik dan tidak membawanya kemuka pengadilan," katanya.

Dalam rakaman video tular menunjukkan beberapa ekor kucing sudah tidak bernyawa selepas perbuatan kejam wanita berkenaan.

Artikel Berkaitan: