Miros bangunkan teknologi elak perlanggaran motosikal

LIDAR berupaya mengesan kenderaan di hadapan dan memberi amaran kepada penunggang motosikal untuk mengelak perlanggaran dengan selamat, termasuk pada kelajuan tinggi. - Foto Bernama
LIDAR berupaya mengesan kenderaan di hadapan dan memberi amaran kepada penunggang motosikal untuk mengelak perlanggaran dengan selamat, termasuk pada kelajuan tinggi. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros) membangunkan teknologi pengesanan Light Detection & Ranging Technology (LIDAR) bagi mengurangkan risiko perlanggaran antara penunggang motosikal dengan kenderaan lain.

Ketua Pengarah Miros, Dr Khairil Anwar Abu Kassim berkata, teknologi berkenaan dibangunkan susulan kadar kematian tinggi melibatkan pengguna motosikal.

Menurutnya, teknologi itu berupaya mengesan kenderaan di hadapan dan memberi amaran kepada penunggang untuk mengelak perlanggaran dengan selamat, termasuk pada kelajuan tinggi.

"Amaran perlanggaran diberikan melalui tiga peringkat dan menekankan keupayaan untuk memastikan penunggang menyedari tepat pada masanya mengenai bahaya yang akan berlaku.

"Prinsip utama reka bentuk teknologi ini adalah berimpak tinggi, kos yang rendah, berasaskan pengguna dan mudah dipasang melalui reka bentuk naik taraf," katanya menerusi kenyataan di sini pada Selasa.

Teknologi berasaskan LIDAR merupakan komponen utama Sistem Bantuan Pemandu Termaju atau Advanced Driver Assistance System (ADAS) yang telah digunakan secara meluas dalam reka bentuk kenderaan beroda empat.

Sehubungan itu, beliau berkata, pendekatan reka bentuk yang digunakan juga diyakini dapat meningkatkan kebolehpasaran teknologi ini untuk digunakan secara meluas dalam kalangan penunggang motosikal di Malaysia dalam masa yang singkat. - Bernama

Artikel Berkaitan: