103 pegawai polis, pelatih di Pulapol KL positif Covid-19

Seramai 103 individu termasuk pegawai kanan polis dilaporkan positif setakat Ahad di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur.
Seramai 103 individu termasuk pegawai kanan polis dilaporkan positif setakat Ahad di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 103 individu termasuk pegawai kanan polis dilaporkan positif setakat Ahad di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur, di sini.

Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Ramli Din berkata, jumlah itu melibatkan tiga pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM), 20 orang pegawai rendah serta 80 pelatih yang sedang menjalani Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK).

Menurutnya, daripada jumlah itu, 10 orang telah dibawa ke hospital, 85 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), rumah (5 orang) dan asrama (3).

"Selain itu, seramai 50 individu membabitkan seorang pegawai kanan, 10 pegawai rendah, pegawai awam (1) dan 38 pelatih telah dikuarantin di asrama dan rumah," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Terdahulu, Ramli memberitahu, tiada pergerakan keluar masuk dibenarkan, hanya pergerakan untuk barang keperluan.

Pada Ahad, Malaysia terus merekodkan kes harian Covid-19 melebihi 5,000 kes iaitu 5,298 kes sekali gus menjadikan jumlah kes aktif sebanyak 48,150 kes manakala kes positif kumulatif negara sebanyak 214,959 kes.

Kes sembuh pula sebanyak 4,522 kes sekali gus menjadikan keseluruhan kes sembuh sepenuhnya ialah 166,049 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 313 kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 127 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 14 kematian serta 10 kluster baharu.

Artikel Berkaitan: