Merokok dalam kelas lepas puas lawan cikgu

Rakaman seorang pelajar menolak kepala gurunya di Gresik, Jawa Barat.
Rakaman seorang pelajar menolak kepala gurunya di Gresik, Jawa Barat.
A
A
A

SURABAYA - INDONESIA. Seorang pelajar sekolah menengah di Gresik, Jawa Barat bersikap kurang ajar apabila memegang dan menolak kepala guru kelasnya.

Rakaman insiden itu tular di media sosial.

Dalam rakaman tersebut, pelajar terbabit turut memaki hamun guru lelaki berkenaan sambil menghempas meja.

Turut kedengaran dalam video terbabit ialah gelak tawa rakan sekelas pelajar tersebut.

Selepas puas mengherdik gurunya, pelajar terbabit duduk di atas meja sambil menyalakan rokok.

Difahamkan, kejadian berkenaan telah dilaporkan kepada pihak berkuasa dan polis telah memanggil mangsa, pelaku dan saksi untuk diambil keterangan.

"Kami perlu menyiasat kes ini selepas beberapa laporan telah dibuat. Jika Kementerian Pendidikan tidak mampu menanganinya, pihak polis harus proaktif," kata Ketua Polis Daerah Wringinanom, Asisten Komisioner Supiyan. - Agensi

Artikel Berkaitan: