Program 5My bantu tangani kos sara hidup, basmi kemiskinan

Muhyiddin
Muhyiddin
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Kerajaan melancarkan Program Kemiskinan Bandar (Program 5My) dalam usaha menangani kos sara hidup rakyat serta membasmi kemiskinan di Wilayah Persekutuan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Program 5My terbabit ialah MYJobs@Wilayah, MYGrocer@Wilayah, MYSchoolBus@Wilayah, MYMedic@Wilayah dan MYFood@Wilayah.

"Saya bersyukur ke hadrat ALLAH SWT kerana Kementerian Wilayah Persekutuan telah mengambil pelbagai pendekatan yang inklusif dalam menangani isu kos sara hidup, kelangsungan hidup rakyat serta membasmi kemiskinan di Wilayah Persekutuan, khususnya semasa Covid-19 dengan melancarkan Program 5My.

"Bertepatan dengan strategi ini, saya dimaklumkan bahawa pada tahun 2020 sahaja, lebih 35,000 orang dan ketua isi rumah serta 331 perumahan kos rendah di Kuala Lumpur telah menerima bantuan langsung melalui program ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada Pelancaran Program Kemiskinan Bandar (5My) Sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021 yang disiar secara langsung di stesen televisyen tempatan pada Ahad.

Dalam pada itu, Muhyiddin turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Kementerian Wilayah Persekutuan kerana proaktif dalam melengkapkan inisiatif kerajaan dengan melaksanakan program 'social safety net'.

"Hal ini (juga) konsisten dengan penegasan kepada rakan-rakan menteri Kabinet supaya segala inisiatif kebajikan rakyat mestilah dilaksanakan dengan segera," katanya.

Artikel Berkaitan: