Persiapan Sambutan Hari Wilayah

No Image Caption
A
A
A
Kontraktor Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kelihatan membuat persiapan akhir dengan menyelenggara lampu pada pintu gerbang yang dipasang di Jalan Raja Laut ketika tinjauan di sekitar ibu kota sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021 esok bertemakan ‘Wilayah Persekutuan Wilayah Prihatin’.

Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa dalam satu kenyataan berkata, meskipun masih berdepan dengan penularan COVID-19, beberapa program Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021 pada 1 Februari ini masih diteruskan, dengan pematuhan rapi segala prosedur operasi standard (SOP), sesuai dengan norma baharu. Sambutan itu akan dimulakan dengan program Wilayah Persekutuan Bermunajat selepas solat maghrib di masjid, dan surau di seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya serta Labuan secara dalam talian.

Antara program yang menjadi penekanan ialah pelancaran program 5MY bertujuan membantu golongan miskin bandar, projek rumah mampu milik Residensi Prihatin serta projek pembangunan semula bandar (urban renewal) yang dijangka memberi manfaat untuk jangka panjang. - Foto Bernama
Artikel Berkaitan: