'Istana mewah itu milik saya'

Rotenberg (gambar kecil) mendakwa istana mewah yang turut mendapat perhatian media antarabangsa itu sebagai miliknya. - Foto Agensi
Rotenberg (gambar kecil) mendakwa istana mewah yang turut mendapat perhatian media antarabangsa itu sebagai miliknya. - Foto Agensi
A
A
A

MOSCOW - Bilionair Rusia, Arkady Rotenberg pada Sabtu mengakui 'istana mewah' di tepi Laut Hitam adalah miliknya sekali gus menepis tuduhan pengkritik Kremlin, Alexei Navalny yang mendakwa mahligai bernilai AS$1.5 bilion (RM6.1 bilion) itu dimiliki Presiden Vladimir Putin.

"Saya berjaya membuat perjanjian dengan beberapa pemiutang dan menjadi benefesiari rumah agam tersebut," lapor media tempatan memetik kenyataan sekutu Putin tersebut.

Minggu lalu, Navalny mendedahkan rumah agam pada kawasan seluas 17,691 meter persegi yang berukuran 39 kali ganda lebih besar daripada saiz Monaco yang dilengkapi arena hoki bawah tanah dan pelbagai kemudahan hiburan mewah yang didakwa sebagai 'bukti rasuah terbesar dalam sejarah'.

Rakaman video yang dikongsi di YouTube itu turut mendapat lebih 100 juta tontonan dan mencetuskan siri protes jalanan terbesar anti-Kremlin walaupun Putin menafikan tuduhan beliau atau ahli keluarganya ada kaitan dengan istana mewah tersebut.

Pada Jumaat, stesen TV Rusia menerusi rakaman video yang diperoleh wartawan mereka di lokasi terbabit juga menafikan kewujudan pelbagai kemudahan mewah dalam rumah agam tersebut dan menunjukkan bukti ia adalah sebuah kawasan yang masih dalam proses pembinaan.

Tidak lama kemudian, sekutu Navalny mengiyakan laporan tersebut dan menyatakan proses pembinaan sememangnya sedang dijalankan untuk membaik pulih masalah yang berlaku pada proses awal. - AFP

Artikel Berkaitan: