X

Kindly register in order to view this article
!

Isu ijazah palsu: Ini kata Syed Saddiq

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
A
A

SEMENYIH - Pemuda PH menyerahkan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membuat keputusan dalam isu ijazah palsu membabitkan Timbalan Menteri Luar, Dr Marzuki Yahya.

Ketuanya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, dalam isu ini hanya Perdana Menteri yang mempunyai kuasa untuk membuat sebarang keputusan.

"Dalam isu itu (Marzuki Yahya), Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah memberi komen beliau.

"Apa yang penting ialah kita menyerahkan keputusannya kepada Tun Mahathir yang mempunyai kuasa prerogatif sebagai PM," katanya dalam sidang media media yang diadakan di Balai Raya Kampung Sesapan Batu Rembau, Beranang, Semenyih, hari ini.

Syed Saddiq sebelum itu menyertai acara berbasikal Fun Ride bersama lebih 80 peserta dari kampung ke kampung sekitar Rinching dan Beranang sejak pagi tadi dalam lawatan kerjanya hari ini.

Dalam pada itu menyentuh secara peribadi isu ini, Syed Saddiq berkata, beliau menentang keras tindakan memalsukan dokumen pendidikan.

Katanya, penentangannya itu berteraskan kepada pegangan moral yang dipegangnya.

"Saya percaya penjelasan Marzuki sendiri sudah diberikan...maka kita ada cerita dua pihak dengan versi berbeza .

"Lebih baik PM menentukannya..Saya secara peribadi dan berprinsip menentang penggunaan ijazah palsu, diploma master dan sebagainya berlandaskan prinsip moral," tegasnya.

Marzuki yang juga Setiausaha Agung Bersatu menjadi topik perbualan hangat rakyat Malaysia apabila beliau didakwa memiliki sijil akademik palsu.

Marzuki didakwa memiliki ijazah dalam pentadbiran perniagaan dari Cambridge International University yang berpusat di Amerika Syarikat, dan bukan University of Cambridge di United Kingdom.

ARTIKEL BERKAITAN: Marzuki serah kedudukan kepada PM, kepimpinan Bersatu


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!