TMJ bergotong-royong membersihkan Sungai Melayu Tebrau

Tunku Ismail turut bergotong-royong membersihkan kawasan Sungai Melayu Tebrau.
Tunku Ismail turut bergotong-royong membersihkan kawasan Sungai Melayu Tebrau.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersama isteri, Che Puan Khaleeda Bustamam berangkat menghadiri Program Anak Muda Bangsa Johor peringkat Daerah Johor Bahru, hari ini.

Program anjuran Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ) diadakan di Kampung Sungai Melayu Tebrau di Bakar Batu, di sini.

Pada program berkenaan, Tunku Ismail para belia serta sukarelawan melakukan kerja gotong-royong membersihkan sungai.

No Image Caption

Program tersebut secara tidak langsung mengajak serta mendidik masyarakat untuk menghargai alam sekitar dan tidak sewenang-wenang membuang sampah-sarap merata-rata.

Penganjurannya juga sekali gus memupuk kesedaran tentang pentingnya aspek kebersihan.

Artikel Berkaitan: