X

Kindly register in order to view this article
!

SPRM teliti cadangan TI-M tingkat skor CPI

SPRM
A
A

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan meneliti dan mengkaji terlebih dahulu cadangan penambahbaikan yang dikemukakan Transparency International Malaysia (TI-M) susulan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) negara bagi tahun 2020 jatuh ke kedudukan 57.

Dalam kenyataannya, SPRM berkata, pihaknya menyambut baik maklum balas positif berhubung CPI 2020 iaitu berkaitan Pelan Antirasuah Nasional (NACP), penguatkuasaan Seksyen 17A Akta SPRM serta siasatan kes-kes berprofil tinggi yang sedang berjalan.

"SPRM mengambil maklum kedudukan dan skor Malaysia dalam CPI 2020 seperti yang diumumkan oleh TI-M, semalam (Khamis)," katanya pada Jumaat.

Terdahulu, Presiden TI-M Dr Muhammad Mohan berkata, daripada 180 negara, Malaysia mencatatkan skor 51 daripada 100.

Pada tahun 2019, Malaysia mencatat kedudukan di tangga ke 51 dunia dengan 53 skor.

Malaysia berada di kedudukan ketiga bagi ASEAN selepas Singapura yang berada di tangga pertama dengan mencatatkan skor 85 peratus serta berada pada tangga empat dunia.

Katanya, berdasarkan analisis yang dilakukan, kejatuhan kedudukan CPI Malaysia dipengaruhi beberapa faktor terutamanya disebabkan pembaharuan institusi kerajaan yang terhenti.

Antaranya berpunca daripada kegagalan kerajaan terdahulu dan kerajaan sekarang membentangkan serta meluluskan rang undang-undang dana politik.

Akibatnya politik wang masih berleluasa semasa pilihan raya.

Selain itu ia juga dipengaruhi oleh pembebasan atau pelepasan kes mahkamah yang tidak sama dengan pembebasan kepada personaliti berprofil tinggi dalam beberapa kes rasuah seperti melibatkan Riza Aziz, Tan Sri Musa Aman dan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

ARTIKEL BERKAITAN: Indeks Persepsi Rasuah: Malaysia jatuh ke tangga 57


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!