'Datuk, Datuk Seri bergaduh kerana salah faham'

Rakaman video yang tular di media sosial pertelingkahan dua lelaki di sebuah rumah di Puchong, baru-baru ini.
Rakaman video yang tular di media sosial pertelingkahan dua lelaki di sebuah rumah di Puchong, baru-baru ini.
A
A
A

SERDANG - Pertelingkahan dua lelaki bergelar Datuk dan Datuk Seri di pekarangan sebuah rumah, di Puchong, baru-baru ini dipercayai akibat salah faham.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razali Abu Samah berkata, bagaimanapun kedua-dua lelaki terbabit telah berdamai.

"Kedua-dua mereka adalah sahabat dan pertelingkahan itu disebabkan salah faham antara mereka. Tiada perkara serius yang berlaku.

"Setakat ini tiada apa-apa laporan diterima berkaitan insiden itu dan kedua-dua lelaki itu sudah pun bersalaman..berbaik," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Rakaman video yang tular di media sosial pertelingkahan dua lelaki di sebuah rumah di Puchong, baru-baru ini.
Rakaman video yang tular di media sosial pertelingkahan dua lelaki di sebuah rumah di Puchong, baru-baru ini.

Terdahulu, tular satu rakaman video menunjukkan seorang lelaki bergelar Datuk yang tiba-tiba meluru masuk ke pekarangan sebuah rumah sebelum berlaku pertengkaran.

Difahamkan, kejadian yang berlaku pada Rabu itu menyebabkan pergaduhan mulut sebelum cuba dileraikan individu lain di rumah berkenaan.

Menariknya, terdapat sebuah helikopter diparkir di rumah milik lelaki bergelar Datuk Seri itu.

Artikel Berkaitan:

Berdasarkan rakaman itu, turut kelihatan beberapa buah motosikal berkuasa tinggi diparkir berhampiran helikopter berkenaan.