Tiada aduan wujud kilang kartel daging di Kedah

Ayam sejuk beku yang dirampas ketika pemeriksaan di ICQS Bukit Kayu Hitam pada Ahad.
Ayam sejuk beku yang dirampas ketika pemeriksaan di ICQS Bukit Kayu Hitam pada Ahad.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Kedah memohon orang ramai menyalurkan maklumat jika wujud gudang melibatkan kartel daging sejuk beku di negeri itu.

Ia susulan kejayaan Maqis menggagalkan cubaan membawa masuk ayam sejuk beku dari Thailand dianggarkan bernilai RM495,608 di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam pada Ahad lalu.

Pengarah Maqis Kedah, Lily Rosalind Paul berkata, setakat ini tiada aduan diterima berkenaan wujudnya gudang atau kilang kartel di negeri Kedah.

"Kita memang memandang serius setiap produk yang dibawa masuk terutama membabitkan produk daging.

ARTIKEL BERKAITAN: Ayam sejuk beku bernilai hampir setengah juta dirampas

Lagi ayam sejuk beku dirampas

"Setiap kemasukan kontena yang membawa produk daging akan diperiksa dari bahagian depan, kiri, kanan hingga ke belakang termasuk kandungan di dalam kotak," katanya pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Kotak mengandungi potongan ayam sejuk beku yang cuba dibawa masuk dari Thailand berjaya dirampas anggota Maqis.
Kotak mengandungi potongan ayam sejuk beku yang cuba dibawa masuk dari Thailand berjaya dirampas anggota Maqis.

Beliau berkata, setiap urusan di pintu masuk perlu dipastikan kesahihan sijil halal, sijil kesihatan veterinar dan permit import Maqis.

Mengulas lanjut, siasatan awal mengesyaki produk ayam sejuk beku itu akan dibekalkan untuk pembuatan industri hiliran seperti daging burger atau sosej.