Polis tahan 13 individu dalam operasi pencegahan jenayah

No Image Caption
A
A
A

KOTA KINABALU - Polis menahan 13 individu termasuk dua wanita dalam operasi pencegahan jenayah selama tujuh jam bermula 9 pagi di sekitar bandar raya ini semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, 11 daripada mereka termasuk dua wanita terbabit ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes dadah sementara dua lagi kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Mereka yang berusia 14 hingga 60 tahun itu ditahan di kawasan Kampung Bakau, Likas dan Kawasan Lembaga Padi di Inanam, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, polis turut merampas dadah jenis syabu bernilai kira-kira RM1,600.

Usaha membanteras pengedaran dan penagihan dadah di daerah ini akan terus diperhebat bagi meningkatkan kesejahteraan dan ketenteraman awam, katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: