Mak nyah bakal kuasai sukan wanita di AS

No Image Caption
A
A
A

PADA 20 Januari lalu, Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-46, Joe Biden telah meluluskan satu arahan eksekutif yang melarang apa juga diskriminasi berdasarkan identiti dan orientasi seksual.

Sekali pandang, arahan eksekutif itu nampaknya baik, namun ia sebenarnya telah melenyapkan kuasa wanita terutama dalam bidang sukan kerana kelompok mak nyah juga sudah boleh menyertai kategori wanita tanpa sebarang halangan.

Sejurus selepas arahan eksekutif itu dikeluarkan, tanda pagar #BidenErasedWomen mula menguasai laman sosial. Tanda pagar itu wujud kerana rakyat negara tersebut membantah polisi terbaharu Biden yang dilihat boleh mengancam wanita dan menyebabkan kanak-kanak mengalami krisis identiti jantina.

Sebenarnya isu mak nyah dalam sukan kategori wanita bukanlah baru di Amerika Syarikat. Pada tahun 1975, seorang doktor ophthalmologist, Renee Richards yang merupakan seorang mak nyah telah membawa kesnya ke Mahkamah Tinggi New York kerana mendakwa Persatuan Tenis AS melarangnya menyertai kategori wanita.

Pada tahun 1976, dia memenangi kes tersebut dan penganjur sukan tenis di AS membenarkannya untuk menyertai kategori wanita.

Oleh sebab Richards seorang lelaki dan mempunyai kelebihan dari segi fizikal, dia memenangi banyak pertandingan sehinggakan jurucakap daripada Persatuan Tenis Wanita mengecamnya.

Akhirnya penguasaan Richards berakhir pada tahun 1977 apabila dia tewas kepada Virgina Wade – seorang wanita sebenar – dalam pusingan pertama Tenis Terbuka AS.

Apa yang kita boleh simpulkan di sini, perkara yang berlaku kepada sukan tenis di AS lebih 40 tahun lalu boleh terjadi kepada mana-mana sukan lain kerana arahan eksekutif Biden.

Artikel Berkaitan:

Jika ia berlaku lagi hari ini, maka amat malang kepada perkembangan sukan wanita di negara tersebut. Tidak mustahil selepas ini kita akan melihat mak nyah beraksi dalam pertandingan bola sepak wanita negara Uncle Sam itu.

Jangan pula ada negara lain yang mengikut undang-undang itu, kononnya untuk kesamarataan dan kemajuan.

Ia amat tidak adil untuk wanita. Biarlah wanita bersaing sesama wanita dalam sukan, kalau dalam bidang lain tidak mengapalah.