Tok Gajah benam Penyu: Raih tiga mata

Kawalan bola oleh Pemain pertahanan Pahang, Muslim Ahmad daripada dirampas pemain lawan, Sanjar Shaakhmedov [foto: Gawang.my]
Kawalan bola oleh Pemain pertahanan Pahang, Muslim Ahmad daripada dirampas pemain lawan, Sanjar Shaakhmedov [foto: Gawang.my]
A
A
A

SKUAD Tok Gajah meneruskan rentak kecemerlangan dengan tiga mata terus menjadi milik mereka selepas membenam Terengganu FC, 3-0 dalam aksi Liga Super 2019 di Stadium Darul Makmur malam ini.

Di hadapan 28,000 penonton, kelibat penyerang sensasi Dickson Nwakaeme menggegarkan gawang lawan pada minit ke 13 untuk gol pembukaan perlawanan.

Kedudukan kekal hingga tamat separuh masa pertama perlawanan dan enam minit separuh babak kedua bermula, tuan rumah terus menambahkan derita Terengganu menerusi jaringan pemain pertahanannya, Goulan Herold Mark.

Skuad kendalian Dollah Salleh itu terus beraksi garang menguasai perlawanan namun banyak peluang terhidang disia-siakan pemain tuan rumah.

Namun Pahang terus mendahului pelawat dan kali ini giliran penyerang gantian, Norshahrul Idlan Talaha menambahkan jaringan sebelum perlawanan berakhir sekaligus meranapkan impian lawan untuk meraih mata.

Artikel Berkaitan: