Meriahkan Karnival Hello Kuantan bersama skuad Tok Gajah, artis

Karnival Hello Kuantan bakal menemui orang ramai pada 20 Mei di pekarangan Stadium Darul Makmur. - Foto Astro
Karnival Hello Kuantan bakal menemui orang ramai pada 20 Mei di pekarangan Stadium Darul Makmur. - Foto Astro
A
A
A

BERITA gembira buat warga Kuantan, Astro bakal membawakan sesuatu yang istimewa di Karnival Hello Kuantan! pada 20 Mei ini di pekarangan Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.

Seisi keluarga boleh menikmati kemeriahan yang akan dibawakan sepanjang hari karnival itu berlangsung sambil memberi sokongan buat pasukan kesayangan anda, Tok Gajah dalam aksi Liga Super yang menemukan Sri Pahang FC dan Pulau Pinang FC pada jam 5.15 petang.

Selain itu, peminat juga boleh beramah mesra bersama legenda bola sepak negara yang juga merupakan komentator Astro seperti, Zainal Abidin Hassan, Azman Adnan, Razman Roslan dan Hafizal Hamad pada jam 2 petang.

Paling menarik, peminat juga berpeluang berjumpa dan bergambar dengan pemain Sri Pahang FC yang akan bersama-sama turun ke karnival selepas perlawanan itu nanti.

Pelbagai acara menarik bakal disajikan kepada orang ramai. - Foto Astro
Pelbagai acara menarik bakal disajikan kepada orang ramai. - Foto Astro

Buat ibu bapa, jangan lepaskan peluang membawa anak-anak untuk bergembira dan menyanyi bersama Didi & Friends serta Upin & Ipin bermula seawal 10 pagi.

Bukan itu sahaja, di sebelah malam pula, para peminat boleh ‘layan’ konsert dan persembahan daripada Idris Brown, Khairul Nizam dan Jesper dari All Together Now musim 1 dan 2 bermula jam 8 malam.

Selebriti lain yang akan turun menggamatkan karnival itu termasuk pasangan suami isteri dari Gegar Vaganza, Fuad dan Tom.

Turut serta peserta Big Stage musim keempat, Yazmin Aziz dan Daniel Chuer serta ramai lagi selebriti lain seperti Amsyar Lee, Mimi Fly dan Han Byul dari The Masked Singer musim ketiga turut hadir.

Bagi peminat filem Polis Evo pula, anda mungkin boleh bertentang mata bersama hero sensasi Shaheizy Sam dan Zizan Razak.