Sila log masuk terlebih dahulu.

Wanita UMNO diminta fokus kukuhkan parti, bantu rakyat

Noraini Ahmad
Noraini Ahmad
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Noraini Ahmad meminta ahlinya memberi fokus kepada usaha memperkukuhkan parti selain terus membela rakyat di sebalik seruan menggesa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berundur daripada jawatan Presiden.

Menurut Noraini, Wanita UMNO konsisten menyokong pendirian parti dan setiap keputusan yang telah diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO.

"Justeru, selaras dengan kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mahukan rakyat terus dibantu.

"Fokus utama Wanita UMNO kini adalah kepada membantu rakyat dan memperkukuhkan gerak kerja dalam mencapai objektif menang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, dalam keadaan negara yang kini dilanda wabak Covid-19 dan juga banjir, sudah pasti keperluan rakyat perlu diutamakan.

Sehubungan itu, katanya, sebagai tulang belakang parti, sudah pasti Wanita UMNO akan terus menggembleng tenaga memastikan kebajikan rakyat dijaga.

"Wanita UMNO juga menyeru kepada semua ahli parti untuk terus merapatkan saf, memperkukuhkan parti agar rakyat dapat melihat dengan jelas bahawa inilah parti yang benar-benar mampu membawa denyut nadi rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut meminta ahli Wanita UMNO terus mempertingkatkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP), menjaga kawalan kendiri agar rantaian Covid-19 dapat diputuskan dan angka pesakit positif kembali kepada sifar.

Artikel Berkaitan: