Polis Terengganu lupus dadah bernilai RM158, 426

Allaudeen ( kanan) melupuskan dadah yang telah selesai dibicarakan itu.
Allaudeen ( kanan) melupuskan dadah yang telah selesai dibicarakan itu.
A
A
A

SETIU - Polis Terengganu melupuskan pelbagai jenis dadah bernilai RM158,426 di Lapang Sasar Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Bukit Bidong, di sini, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Terengganu, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, dadah yang dilupuskan itu melibatkan kes yang telah selesai dibicarakan sejak 2002 hingga 2018.

"Pelupusan siri kedua ini membabitkan sebanyak 1,098 kertas pertuduhan meliputi semua daerah di negeri ini.

"Ia terdiri daripada pelbagai jenis dadah, di mana dadah jenis Methamphetamin adalah paling banyak, diikuti heroin, daun ketum, ubat batuk dan sebagainya.

"Tujuan kita melupuskan dadah ini juga disebabkan ingin mengosongkan ruang penyimpanan barang-barang bukti memandang semua kertas pertuduhan itu telah selesai dan hukuman juga telah dijatuhkan," katanya.

Artikel Berkaitan:


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas selesai Program Pelupusan Barang Kes Narkotik Bilangan 2/2018 Kontinjen Terengganu di Lapang Sasar PDRM Bukit Bidong, di sini, hari ini.

Hadir sama ketua-ketua polis daerah serta wakil masing-masing.

Menurut Allaudeen lagi, pihaknya juga telah melantik 3 panel untuk menilai dan mengenalpasti dan menilai barang-barang kes yang wajar dilupuskan itu.