Kerajaan perlu sokongan semua tangani LGBT: Idris

Idris Ahmad
Idris Ahmad
A
A
A

SHAH ALAM - Usaha kerajaan untuk menangani isu golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negara ini diharapkan mendapat sokongan semua pihak agar Malaysia kekal sebuah negara bersih daripada sebarang anasir yang tidak bertamadun ini.

Naib Presiden Pas, Senator Idris Ahmad memuji tindakan proaktif dilaksanakan kerajaan hari ini untuk menubuhkan Jawatankuasa Bertindak (Task Force) bagi menangani isu LGBT dalam kalangan masyarakat beragama Islam di negara ini.

Menurutnya, penubuhan Task Force ini memberikan fokus yang khusus dan menyeluruh kepada usaha pengislahan dan bimbingan golongan LGBT selain turut meneliti aspek pemerkasaan Undang-undang Syariah melalui bentuk pindaan dan penambahbaikan.

"Kita sememangnya perlu pemerkasaan undang-undang sedia ada memandangkan aktivis dan ikon LGBT turut mempromosi gaya hidup toksik ini secara terbuka khususnya melalui platform media sosial.

"Perlu difahami bahawa pemerkasaan undang-undang ini bukan bermaksud membuka ruang kebencian, bahkan ia perlu dilaksanakan dalam usaha untuk menghalang normalisasi LGBT daripada menjadi budaya dalam masyarakat kita sehingga boleh meruntuhkan institusi kekeluargaan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan sedia pinda undang-undang tangani LGBT

Dalam pada itu, Idris yang juga Ahli Dewan Negara berkata, perlu mengakui masih terdapat kelompongan dalam aspek perundangan yang ada pada hari ini.

Katanya, perundangan semasa sewajarnya seiring dengan peredaran zaman serta pembangunan teknologi supaya penguatkuasaannya dapat dilakukan secara menyeluruh.

Artikel Berkaitan:

Sehubungan itu, beliau menyokong penuh hasrat kerajaan untuk mempertimbangkan pindaan terhadap beberapa aspek perundangan yang dianggap sangat bersesuaian dengan situasi semasa.

"Perkara ini merujuk kepada perlakuan LGBT yang dilakukan di media sosial serta beberapa aspek pertimbangan yang lain yang wajar diketengahkan.

"Tambahan lagi, sejak tahun 2011 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah memperkenalkan modul bimbingan, sokongan dan pemulihan yang menumpukan kepada usaha memulihkan golongan ini selain mendedahkan mereka dengan program keagamaan serta rekreasi," katanya.