X

Kindly register in order to view this article
!

Kambing seludup dari negara jiran dirampas

Kambing-kambing bernilai RM48,000 dipercayai diseludup dari negara Thailand untuk pasaran tempatan di Kelantan dan luar negeri ini.
A
A

TUMPAT - Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 menahan seorang pemandu lori dan merampas 40 ekor kambing bernilai RM48,000 dipercayai diseludup dari negara jiran melalui Pangkalan Haram Kertas, Pisau Raut di sini pada Rabu.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 9, Superintendan Nor Azizan Yusof berkata, pasukan menjalankan intipan di kawasan Pangkalan Haram Kertas, Pusau Raut selama 30 minit dan mendapati sebuah lori jenis Isuzu memasuki kawasan itu.

“Beberapa lelaki dalam keadaan mencurigakan memasukkan sesuatu ke bahagian belakang lori dan kemudian keluar sebelum memasuki kawasan sekitar Bendang Pak Yong, Pengkalan Kubor.

“Pasukan mengekori sehingga ke kandang di Kampung Kok Abdollah seterusnya menahan lori tersebut dan pemandunya iaitu seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun,” katanya dalam satu kenyataan kepada akhbar pada Khamis.

Mengulas lanjut, beliau berkata, hasil pemeriksaan lanjut ke atas muatan lori mendapati terdapat 40 ekor kambing yang dipercayai diseludup dari Thailand.

“Kambing-kambing tersebut dipercayai untuk pasaran tempatan dan luar Kelantan bergantung kepada permintaan,” katanya.

Menurut beliau, tangkapan dan rampasan diserahkan ke pihak Jabatan Veterinar Kelantan untuk tindakan lanjut.

“Lori yang dirampas dianggarkan bernilai RM40,000 menjadikan keseluruhannya bernilai RM88,000.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!