X

Kindly register in order to view this article
!

Polis PJ bantu wanita ditahan curi makanan, ubat untuk anak

Nik Ezanee menyerahkan bakul bantuan JKM kepada seorang wanita di sebuah PPR di Petaling Jaya pada Khamis.
A
A

PETALING JAYA - Polis Daerah Petaling Jaya memberi bantuan kepada seorang wanita yang ditangkap kerana tidak membayar kuih, sosej dan 'KoolFever' di sebuah pasar raya pada Rabu.

Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu, namun tiada tindakan lanjut diambil ke atasnya.

"Saya percaya dia ada masalah, kalau tidak dia tidak akan buat perkara sebegitu. Jika kita lapar, kita boleh bertahan. Jika anak kita lapar itu perkara lain," katanya dalam siaran langsung di Facebook Polis Daerah Petaling Jaya pada Khamis.

Nik Ezanee berkata, pihaknya telah meluangkan masa melawat wanita berkenaan di sebuah Projek Perumahan Rakyat (PPR), di sini.

"Kita telah memberi bantuan bakul Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada wanita berkenaan," katanya.

Dalam perkembangan berasingan Nik Ezanee memaklumkan, pihaknya berhadapan cabaran dalam perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Orang ramai mengadu kenapa polis buat sekatan jalan raya, tutup jalan dan jalan sesak.

"Sebenarnya bukan tuan-tuan dan puan-puan susah, ada lagi susah... kalau kita nak lawan Covid-19, ramai terkesan tidak kira frontliners, orang awam daripada semua peringkat dan lapisan, korbankan sedikit kesusahan untuk masa depan kita," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!