X

Kindly register in order to view this article
!

Guna duit i-Sinar sewa lori seludup ketum

Arriz Sham (tengah) menunjukkan daun ketum yang cuba diseludup ke Seremban, Negeri Sembilan pada Selasa.
A
A

PENDANG - ⁩⁦Seorang lelaki ditahan polis pada Selasa selepas cuba menyeludup 1.5 tan daun ketum menggunakan sebuah lori jenis bonded tiga tan yang disewanya menggunakan wang i-Sinar.

Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah berkata, kegiatan suspek berusia 34 tahun itu terbongkar apabila dia ditahan oleh sepasukan polis dari Balai Polis Kubur Panjang kira-kira jam 12.45 malam di Jalan Kampung Tongprok, Mukim Padang Kerbau, di sini.

Katanya, suspek ketika itu dalam perjalanan membawa muatan terlarang itu dari Kuala Nerang ke Seremban, Negeri Sembilan dengan bayaran upah sebanyak RM2,000 daripada seorang individu.

"Anggota polis yang sedang melakukan rondaan cegah jenayah di kawasan berkenaan terserempak dengan lori yang dipandu suspek dalam keadaan mencurigakan.

"Polis kemudian mengarahkan suspek berhenti dan hasil pemeriksaan menemui sebanyak 80 beg kanvas dan guni berisi daun ketum seberat 1.5 tan yang dianggarkan bernilai RM22,000," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang, di sini pada Rabu.

Menurutnya, suspek yang berasal dari Sungai Petani itu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau selain saringan ujian air kencing juga adalah negatif.

"Suspek dipercayai menyewa lori pada harga RM2,500 sebulan untuk menghantar pelbagai barangan termasuk perabot dan makanan setelah diberhentikan kerja sebagai pemandu bas ekspres tahun lalu namun dicekup ketika cuba menyeludup ketum.

"Suspek yang telah berkahwin dan mempunyai tiga anak itu direman selama empat hari bermula Selasa dan kes disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!