KPKT sambut baik tawaran Skim Rehabilitasi Sewa Beli Bas, Teksi

Zuraida
Zuraida
A
A
A

PUTRAJAYA - Tawaran Skim Rehabilitasi Sewa Beli Bas dan Teksi yang diumumkan dalam Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) disambut baik oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, skim tersebut memberi 50 peratus jaminan terhadap pinjaman sedia ada dengan syarikat sewa beli dan pajakan bagi pengusaha bas terpilih.

"Moratorium selama satu tahun ini turut diberikan kepada mereka yang layak dengan kadar faedah yang lebih rendah," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, KPKT turut memberi penangguhan bersasar bayaran sewaan Program Perumahan Rakyat (PPR) melalui skim Rent To Own (RTO) di bawah pengurusan kementerian ini sehingga Mac 2021.

"Peserta PPR RTO yang terkesan dari segi pendapatan bulanan mereka akibat pandemik Covid-19 boleh membuat pengisytiharan kendiri kepada Pejabat Pengurusan PPR untuk pertimbangan sewajarnya," katanya.

Beliau berkata, Pakej Permai bernilai RM15 bilion itu mempunyai 22 inisiatif yang akan dilaksanakan dengan berteraskan kepada tiga matlamat utama iaitu memerangi wabak Covid-19, memelihara kebajikan rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan.

"KPKT berharap Permai mampu memberi kelegaan dan nafas baharu kepada rakyat dalam mengharungi waktu getir akibat Covid-19," katanya.

INFO

Skim Rehabilitasi Sewa Beli Bas dan Teksi:

Artikel Berkaitan:

- Melibatkan peruntukan RM1 bilion

- Jaminan pinjaman sebanyak 50 peratus

- Bantu pengusaha bas dan teksi terpilih

- Struktur semula pinjaman pengusaha

- Tawar moratorium 12 bulan

- Bayaran balik bulanan lebih rendah